TELEFON Pintar F5 dan T3.
PEMBEKAL inovasi gaya hidup digital, BenQ baru-baru ini memperkenalkan telefon bimbit pintar pertama keluarannya iaitu F5 dan T3 sekaligus menandakan penyertaan jenama tersebut dalam industri telefon bimbit di negara ini.
Kedua-dua peranti terbaharu itu menawarkan tiga ciri eksklusif antaranya sambungan evolusi jangka panjang (LTE) 4G, teknologi kamera yang mempunyai mod 4x Ultra Sensitivity serta pencahayaan biru rendah (low blue light technology).
Melihat perkembangan industri telefon bimbit kini, F5 dan T3 direka untuk memperkayakan pengalaman pengguna di samping menawarkan inovasi relevan bagi memberi pengalaman berbeza.
Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar Kumpulan Produk Mobile BenQ Corporation, Adrian Chang, teknologi yang diperkenalkan oleh jenama tersebut berorientasikan kepada pengguna yang dibina berdasarkan kepada pemintaan mereka.
"Kami yakin kedua-dua peranti ini akan diterima oleh pengguna kerana ia dibina berdasarkan keperluan yang diingini oleh mereka selain menambah baik keperluan teknologi bagi menghasilkan momen indah buat mereka.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti terbaharu dari BenQ, boleh layari laman web www.ecsm.com.my.
Go to Source
No comments:
Post a Comment