Pengerusi Eksekutif Edugolf Sdn. Bhd., Badrisham Sulonjg (kanan) menyampaikan hadiah kepada juara Utusan Edugolf
KIRA-KIRA 60 pemain yang mewakili pelbagai organisasi media telah menyahut cabaran dengan menyertai Utusan Edugolf Media Challenge bertempat di Kelab Golf Impian, Kajang baru-baru ini.
Kejohanan itu bertujuan merapatkan hubungan sesama rakan media selain sebagai platform kepada Edugolf selaku penaja utama untuk memperkenalkan perkhidmatannya yang bermatlamat melahirkan pemain golf berpotensi di negara ini.
Edugolf menawarkan pusat pembelajaran golf yang komprehensif dengan tumpuan bukan sahaja untuk melahirkan pemain golf berkaliber, tetapi juga tenaga kerja sokongan dalam sukan itu.
Sementara itu, kejohanan yang menggunakan format stableford sistem 36 itu menyaksikan pemain-pemain dari kumpulan Media Prima muncul mengungguli gelanggang.
Pemain dari Barita Harian, Rasid Rahaman muncul sebagai juara apabila mengumpul 38 mata stableford untuk membawa pulang televisyen Sharp 60 inci.
Tempat kedua milik Aziz Hassan dari New Strait Times (NST) yang memenangi hadiah televisyen Sharp 50 inci. Tempat ketika pula di menangi Rosli Yassin juga dari NST.
Selain Edugolf sebagai penaja utama, penaja-penaja lain ialah UEM Group, Sharp Malaysia, 1MDB, Pelaburan Mara Berhad, Glomac Berhad, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., Petron Malaysia, Celcom, Pharmaniaga, Clixster dan Al Rajhi Bank.
Go to Source
No comments:
Post a Comment